Kartini Ariffin

Kartini Ariffin merupakan graduan Perakaunan daripada University of East Anglia, Norwich , UK. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Chevening daripada kerajaan British dan telah melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam jurusan Kewartawan Penyiaran pada tahun 2006/2007. Kartini mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang media dan kepimpinan. Beliau pernah bertugas di Media Prima Berhad, Celcom Berhad, Red Communications dan iM4U fm. Beliau juga merupakan bekas pengacara rancangan 3R (Respek, Relaks, Respon) dan kini giat menjalankan operasi saluran digital beliau Dbilique. Kartini adalah seorang yang gemar travel dan sentiasa mengambil peluang bercuti Bersama keluarga. Pengambilan video anak-anaknya diwaktu kecil telah melahirkan rasa minat Kartini untuk mengabadikan percutian ini melalui penghasilan travelogue Mama O Travel ialah pada mulanya sebuah blog spot yang wujud sejak tahun 2009. Kini telah beralih ke platform You Tube memandangkan gambaran sesubuah tempat itu lebih efektif dengan medium video.

Ruang Cikgu Berhad (Reg: 201901013277)

32-BC-05 & 32-BC-08
Q Sentral, Jalan Stesen Sentral 2A,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.

+603 2276 3055 (9.00am - 4.00pm) Mon - Fri

office@ruangcikgu.com


Powered by RuangCikgu Terms & Conditions